Monday 13 October 2014

1.6 Jenis Topologi



1.6       Jenis Topologi
Topologi ialah susunan geometrik perkakasan (nod) yang boleh dilihat secara fizikal pada rangkaian setempat (LAN).
Rajah 1.6 Jenis Topologi

Topologi utama ialah:
• Topologi Bintang (Star Topology)
• Topologi Cecincin (Ring Topology)
• Topologi Bas (Bus Topology)
• Topologi Hybrid (Hybrid Topology)

Topologi Bintang
Topologi bintang ialah topologi di mana semua kabel penyambung dari nod akan masuk ke satu lokasi pusat, di mana semua akan disambungkan ke peranti yang dikenali sebagai hab.
 


Rajah 1.7 Topologi Bintang

·         Nod-nod dalam LAN berkomunikasi menerusi hab.
·         Sebagai contoh, komputer B dapat berkomunikasi secara terus dengan perkakasan lain dalam rangkaian seperti pelayan, pencetak dan komputer A,C dan D.


Topologi Cincin

Topologi cincin adalah topologi  di mana setiap nod disambungkan dengan dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.



Rajah 1.8 Topologi Cincin


·         Penghantaran dan maklumat dilakukan satu arah sahaja (arah jam / lawan arah jam)
·       
       Jika sambungan di antara komputer A dan komputer B rosak, komputer B, C, D dan lain-lain nod tidak akan dapat menerima sebarang maklumat yang dihantar.


Topologi Bas

Topologi bas, juga dikenali sebagai bas linear, ialah topologi yang paling mudah. Ia terdiri dari satu kabel yang dikenali sebagai segmen atau tulang belakang (backbone), yang menyambungkan semua nod dalam rangkaian ke dalam satu barisan.




Rajah 1.9 Topologi Bas

·         Kelebihan – apabila talian komputer A rosak, hanya komputer A terjejas.
·        
           Kekurangan – apabila tulang belakang rosak, seluruh rangkaian terjejas.


Topologi Hybrid



Rajah 1.10 Topologi Hybrid

·         Merupakan gabungan ketiga-tiga jenis topologi utama LAN.
·     
       Pengguna mempunyai akses pada sebarang sumber / data yang dikongsi oleh pengguna di dalam rangkaian.
·         Kebanyakan sumber di tempatkan di pelayan (server).

No comments:

Post a Comment