1.5 Jenis Senibina Rangkaian
Senibina rangkaian adalah reka bentuk rangkaian
komputer dan sistem komunikasi yang merangkumi konfigurasi dan strategi yang
digunakan. Ia termasuklah penggunaan transmisi, perisian dan protokol –
protokol komunikasi dan infrastruktur penghantaran data berwayar atau tanpa
wayar. Terdapat dua jenis senibina rangkaian iaitu:
Pengguna – ke – Pelayan (Client
– to – Server)
Senibina rangkaian ini terdiri daripada sebuah komputer pelayan (server) untuk melayan komputer lain yang bertindak sebagai pengguna (Client). Komputer pelayan akan menjalankan pengurusan berpusat (centralized) untuk melayan pengguna dari segi perkongsian perisian aplikasi, data, pencetak dan lain – lain. Pelayan biasanya mempunyai spesifikasi berkuasa tinggi manakala komputer pengguna adalah komputer yang meminta sebarang perkhidmatan atau fail daripada komputer pelayan. Dalam masa yang sama, komputer pengguna dalam rangkaian masih boleh membuat kerja-kerja individu dan menyimpan fail kepunyaan individu di dalam komputernya. Komputer pelayan pula tidak memproses atau mengubah data yang dikirim dan tidak perlu tahu jenis fail sebaliknya terus menjawab permintaan dari komputer pengguna atas fail yang disimpannya.
Antara ciri–ciri senibina rangkaian pengguna – ke –
pelayan (Client – to – Server) adalah seperti berikut:
I.
Keselamatan sumber dan data dikawal
oleh pelayan
II.
Perkongsian data dan perisian aplikasi
boleh di lakukan.
III.
Perbelanjaan yang lebih mahal
diperlukan untuk sebuah komputer pelayan.
IV. Perlu melakukan penyelenggaran
(maintenance) untuk menjamin keberkesanan sistem
V.
Rangkaian tidak berfungsi jika berlaku
kerosakan pada pelayan.
·
Rakan – ke – rakan (Peer – to – Peer)
Rakan - ke - Rakan (Peer
– to – Peer)
Rangkaian ini juga dikenali dengan P2P di mana
semua komputer di dalam rangkaian bertindak sebagai komputer pelayan dan juga
pengguna. Semua komputer berupaya mencapai fail yang terdapat di dalam komputer
lain dan juga menyediakan fail untuk komputer lain pada satu-satu masa.
Rangkaian komputer ini tidak mempunyai komputer pelayan dan pengguna hanya
perlu berkongsi fail dan ruangan simpanan serta sumber-sumber lain dari setiap
komputer dalam rangkaian. Setiap komputer dapat mengirim, menerima dan
memproses fail data kerana setiap komputer mempunyai potensi yang sama. P2P
hanya disyorkan untuk rangkaian yang tidak lmelebihi 5 buah komputer dan tidak
menggunakan fail-fail atau aplikasi yang besar. Namun pada hari ini, P2P boleh
berkongsi data dan maklumat merentasi sempadan dan jarak menerusi talian
internet.
Antara ciri-ciri senibina rangkaian P2P adalah
seperti berikut:
I.
Tidak terdapat komputer pusat yang mengawal
rangkaian dan sumber.
II.
Perkongsian pada perkakasan dan fail
boleh dibuat
III.
P2P tidak dapat menjamin keselamatan
data di dalam sesebuah komputer
No comments:
Post a Comment